CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

HITS

Thursday, April 30, 2009

Arrrggghhh!!! tension!

Hari ni aku tension bukan psl tak dpt keje lg, tp psl E-Filing. Haaa... sudahkah korangs sumer buat declaration cukai pendapatan korangs?
Tahun lps awal2 lg aku dh selesaikan declaration tu. Tapi thn ni, entah hapa punya malas, sampai ke hari ni, hari terakhir, baru la aku terhegeh2 nak wat. Yang buat aku tension tu, system ni dh tentu la slow kalau dh akhir2 ni. Pastu yang menambahkan tension aku, kira2 punya kira tgk2 aku kene tambah byr lagi dlm 1k lbh lg. Mana aku nak korek duit nak byr bila dh tak keje ni? Camno den nak adjust ni? Tu yg poning kepalo den ni.
Pastu plak baru aku perasan yg rate cukai ke atas baki cukai pendapatan yg pertama tu 24%. Ya Allah, punyalah cekik darah. Ni dah mcm Along gak dah ni. Aku ni cuma makan gaji jer, bukan businessman yg dpt berbillion2 lemon tuh. Bila la KERAjaan nak review blk benda ni. Bayangkan selamba jer 24% dari pendapatan penat lelah korangs tu kene amik. Next time kalau aku dh dpt keje, insyaallah, aku bg lbh kat Zakat. Daripada bg kat LHDN baik aku lebihkan kat Zakat.
Posting ni aku buat sementara tunggu system E-Filing tu loading. Lama nak mamp** Aarrrgghhh tensen!!
Nota utk aku: Tahun depan tobat tak nak wat last minute. Padan ngan muka aku hari ni.

Cheese Cake

Jumaat lepas 24/04/09, tetiba jer aku rajin nak try wat cheese cake. Resepi ni dh lama dh Kak Ha, akak ipar aku bg. Aku jer yg blm berkesempatan nk wat.

Resepi ni simple sgt tu yg aku pun bersemangat nak try tu. Campurkan smua bahan pastu mix jer pakai mixer tu, pastu bakar. Dan akhirnya......




Nilah rupa cheese cake yg pertama aku buat. Ni nampak camtu sb lps aku kluarkan dr acuan aku tak terbalikkan lg. Cheese cake ni bertahan cuma sampai ptg Sabtu jer sb abis licin kitorang sumer mkn. Sodap wooo... he he jadi gak utk pertama kali. Next time aku cuba buat lg baik dr ni. Biasalah percubaan pertama kan. Thanks kha, for the resepi.

Wednesday, April 29, 2009

Undi Projek

Alahai... lamanya aku tk update blog. Sibuk mengalahkan org keje la pulak kan. Dulu masa ada keje, sibuk dgn keje memanjang, ni bila dah takde keje, sibuk ke sana sini la pulak.
Rabu lepas, 22/04/09, aku mengekor hubby gi buat cabutan undi projek untuk kontraktor kelas F di JKR Jln Chan Sow Lin. Ni kali pertama aku ikut kat cabutan undi ni. Cabutan ni biasanya setiap 2 minggu skali. Ni bukan cabutan bertuah yer kengkawan, tapi kalau bernasib baik, kira mcm menang cabutan bertuah lah jugak. Cuma kekdahnya jer yg lain skit. Kalau nombor kita tu naik, maknanyer kita dpt 1 projek. Kalau tak silap aku, projek tu biasanya bwh 100k. Kalau dah siapkan projek tu barulah boleh claim duit projek tu.



Tu hubby aku tgh queu nak amik nombor.

Kami sampai awal gak dlm kul 9.15 pg. Cabutan akan dimulakan pukul 10.00 pg. Gambar pun ni jer yg aku dpt snap, tu pun memalu kucing sb pkai kamera gajah tu. Bila pendaftaran dah di tutup, JKR buat pengumuman jumlah projek utk dicabut cuma ada 14 projek jer, tapi kontraktor yg dtg ada 500 lbh. Dengar jer camtuh, aku pun dh lemah semangat. Orang yg betul bernasib baik jer la yg dpt projek hari ni.

Tak sampai 1/2 jam cabutan dah abis, dan kitorang pun balik dgn tangan kosong hu hu. Takde rezeki la hari ni. Tapi takper, kita cuba lagi 2 minggu.

Memandangkan hari ni pun aku sibuk gak sb sepupu aku Nur dtg rmh, pastu nak temankan dia gi US embassy plak, aku akan cuba update posting satu-satu yer.

Keje? belum dpt lagi... Orang yg janji nak bg keje kat aku tu kata tgu dia call end of this week plak. Keje aper? aku pun tak tau lg. Harap2 dia call aku this week.

Thursday, April 23, 2009

Rumah Berhantu?!

Selain gi Pesta Buku hari Isnin lepas, ada benda lain yg aku nak share dgn korangs.


Apa yg terlintas kt fikiran korangs bila tgk gambar ni? Aku amik gambar ni masa boring tunggu hubby aku compile gambar2 projek dia yg baru di print kt kedai tu. Kitorang park kete kat tepi jln betul2 tepi rumah besar yg menyeramkan ni. Rumah ni kat Bukit Perdana, Bukit Perdana ni plak kat belakang Bank Negara, kat situ byk rmh2 org kaya. Smua rmh2 besar a.k.a mansion jer yg ado. rumah teres hatta rmh dua tingkat pun takdo.


Dlm boring2 tu, aku snap ler gambar sana sini. Aku pun sejak jd blogger ni rajin la plak bwk kamera tu sana sini. Ader gossip yg mengatakan rumah ni kepunyaan Sultan Brunei. Betul atau tak, Wallahhualam. Papan tanda projek pun takde letak, so tak dpt lah aku pastikan btl ke tak.


Dr dulu lagi rumah ni tak siap2. Tetiba bila aku lalu ari ni, rmh ni tgh diruntuhkan plak. Apsal? aku pun tak tau gak. Tp masa aku amik gambar ni, tingkat yg kat atas skali tu ader "Bulldozer" or Jengkaut camner aku nak explain puun aku tak taulah nama menatang tu. korangs imagine jer la ye.. Benda tu tgh buat keje merobohkan tingkat tu. Sayang betul aku tgk rmh yag camtu punya besar dan cantik nak dirobohkan.



Pastu mengikut kata gossip lagi rmh ni tak dpt disiapkan sb berhantu. Betul ker? ntahlah...
Ikut logik plak, kalau betul Sultan Brunei yg punya, takkan takder duit nak siapkan kan? Ikut mata kasar aku ni rumah ni ada lebih kurang 7 tingkat. Ni pandangan depan jer, masa lalu kat belakang rmh tu tak sempat nak snap, hubby aku tak nak brenti. Dari belakang lagi jelas rmh ni besar sgt dan ada byk tingkat. Korangs layan jer la gambar ni dan buat la spekulasi sendiri yer ahaks... Atau sesapa yg ada info, boleh la bgtau..


Ni pandangan tepi bangunan. Tu kete aku park kat situ.


Ni plak, bangunan sebelah dia, bangunan ni pun dlm satu pagar dgn rmh bsr tu. So aku assumed rmh utk org gaji kot. Dah kalau Sultan Brunei yg punya, takkan 2 org bibik nak jaga rmh camtu punyer bsr kan... Ni ikut daya imaginasi aku ler...


Tapi satu jer yg aku pasti, tahap keseraman yg aku alami masa tgk dan amik gambar rmh2 ni memang tinggi. he he


Dan pesanan aku yg terakhir: JANGAN BIARKAN ANDA DISELUBUNGI MISTERI... (Sambil buat gaya tangan cam mamat (sorry tk ingat nama) yg mengacara "MISTERI NUSANTARA"

Wednesday, April 22, 2009

Pesta Buku 2009

Isnin, 20 Apr 09, aku ikut hubby gi tgk projek dia kat Bukit Perdana (belakang Bank Negara). Ikut tu sb lepas tgk projek dia, aku nak ajak dia gi Pesta Buku 2009 kat PWTC.
Pesta Buku ni mula 17 Apr 09 - 26 Apr 09. Jenuh gak cari parking kat atas Hentian Putra tu. Ingatkan weekdays tak la ramai sgt yg pegi, tp penuh gak parking tuh. Last2 parking kat roof top, panas woo.. Tapi ku gagahi jugak sb bersemangat mengenangkan diskaun yg di war-warkan tu.

Ni jer gambar yg sempat aku snap masa kat situ, lebih tu aku sibuk memilih buku la. Dah tak sempat nak snap2 dah. Nak plak snap pkai kamera gajah tu, bukan pkai HP. Tau jer lah HP aku tu masih lagi era retro dulu, tak ado kamera.

Ni kat pintu masuk.


Ni suasana kat dalam tu. Ha ni jer la gambar yg smpt aku snap. Tgk aper yg aku beli plak.



Haa ni lah buku2 yg aku beli. Smua buku ni utk aku dan Sophia. Murah giler! Percaya tak smua ni cuma RM100 lbh skit jer. Ada 9 novel utk aku, 8 novel dan 10 workbook utk Sophia.Murah kan? Workbook n novel utk Sophia tu cuma RM1 jer sebuah. Workbook tu pun byk yg dah abis. Itupun aku tak round sampai atas, sb hubby aku dah penat. Pastu nak kene pegi kat Projek dia balik.

Yang ni plak free gift yg aku dpt dr Krangkraft. Dpt Beg, Mascara dan yg pink tu Fridge Magnet. Best!

Thn dpn kalau ader rezeki, dipanjangkan umur, Inshaallah, aku nak pegi lagi. Stock books ni kira cukup utk hiburan sampai thn dpn la kot.


Tuesday, April 21, 2009

Mak datang...

Hari Jumaat lepas mak aku, shikin and adik dtg rumah. Dah dkt senja baru dorang sampai naik train dr S'ban. Malam tu aku bwk dorangs shopping kat UO yg seberang rumah aku jer, maklumlah tu jer sopping yg paling dkt dgn rmh aku dan sesuai dgn poket "percutian panjang" aku ni. Pastu aku singgah pasar malam kat tepi tmn rmh aku plak. Hajatnya nak carik DVD, tp sb dh lmbt sgt, org jual DVD tu pun dh blah dah. Maaf sb aku membeli pirate DVD, tp mcm aku ckp tu jer yg paling sesuwei dgn poket aku ahaks.


Gambar2 mak n adik2 kat rmh aku tak dpt disiarkan sb, aku terlupa nak amik gambar masa tu sb penuh ngan activity. Mak dtg pun kejap sgt, hari Sabtu tu dah nak pegi rumah Ina adik aku plak.
Petang Sabtu, aku hantar mak ke rumah Ina di Klang. Nak ke rmh Ina ni kene lalu Muhibbah Eng, tmpt keje pertama aku dulu. Masa lalu tu teringat plak suka duka keje kat sana selama 8 thn. Tapi kalau tanpa 8 thn yg susah tu, aku pun tak mungkin mampu capai apa yg aku ada skang ni.

Sampai rmh Ina, si Aqil tgh tido. Comel sgt dia skang, dh masuk 2 bln lbh. Haaa layan gambar kat rmh Ina jer la yer. Aku cuba pastikan setiap posting aku ada gambar, bkn aper, kalau ader gambar ni syok skit nak tgk kan.


Dari kiri, Qilah, Sophia, Mak, Zafri, aku n Aqil, Ina sebelah aku.


Comel kan si Aqil, geram tul tgk dia, si Zafri mesti sibuk enterframe. Jeles lah tu.


Friday, April 17, 2009

Rumah baru...

Citer pasal rumah baru ni, ada suka dan ada duka gak...
Yang suka tu, mestilah pasal masuk rumah sendiri, renovate sendiri kan. Yang duka tu plak pasal 2 minggu jer lepas berpenat lelah nak siap kan renovation rumah, berkemas untuk pindah dan berhabis duit untuk rumah ni, aku pun di 'retrenched'. Jadilah aku sorang penganggur sampai la ni.
Dulu opis mate aku sibuk nak tengok gambar rumah yang aku and hubby renovate sendiri ni. Tu yg terfikir nak wat entry pasal rumah ni.

Rumah ni masih ada skit jer lagi yang tak siap. Kitchen cabinet dan main cable TNB yg masih kat tengah rumah. Pasal main cable TNB tu next entry jer aku citer, pasal yg tu kene special entry untuk TNB he he.

Sebenarnya rumah ni kecik jer, tapi lepas di tambah depan belakang atas dan bawah, selesa lah jugak untuk aku satu family. Kos renovation tu jangan tanyalah, tapi dah kira jauh lebih murah sebab semua buat sendiri kalau compare dengan bagi sub kat kontraktor lain. Habis smua hasil tabungan kami guna. Tapi aku gagahi jugak, sebab memikirkan kalau dah duduk nanti baru nak renovate, tak sanggup aku.

So layan jer la gambar nan ado ni yer...

Aku jumpa gambar ni jer sebelum rumah ni di renovate.




Ni gambar masa dlm pembinaan, Hubby aku merangkap kontraktor utama tgh menyibukkan diri.


Dah hampir siap, maybe dlm 70% masa ni. Design rumah ni smua hasil idea aku dan hubby dan jugak hasil tiru rumah orang sana sini sikit2.



Tengok betapa bersepahnya, tu blm tgk kat dalam lagi tu.



Masa ni belum pasang pagar lagi.
****************************************************
Dan akhirnya, siaplah jugak rumah ni.


Disebabkan nanti aku akan buat entry pasal main cable TNB yg masih kat dlm rumah tu, nanti aku update skali gambar dlm rumah skit yer. Maklumlah kat dlm tu pun blm siap sepenuhnya. Barang yg ado pun ala2 hidup segan mati tak mau.
So kengkawan DSK ku sebab dulu aku pernah cakap kalau rumah aku dah siap, boleh try wat 2nd Pot Luck. Kalau dirasakan rumah aku ni boleh dan sesuwei untuk wat 2nd Pot Luck tu, sila lah rancang yer. Tapi harus diingatkan, rumah aku ni takde lah sebesar lokasi pertama Pot Luck tu yer, sedang-sedang jer.

Tukar Tayar

Aktiviti aku masa memula 'bercuti' hari tu, ikut hubby gi tukar tayar kat Pandan Indah. Kenapa Pandan Indah? Hubby aku kata, setakat ni dh byk tmpt yg dia tgk dan beli, kedai ni paling murah. Lagipun sebelum kitorang pindah ke Ampang, kitorang dah duduk kat Pandan Indah (PI) ni 2 tahun setengah. Taman Dagang dan PI ni bukan jauh pun 5 minit jer. Kedai ni bertentangan dengan CIMB, lot tepi skali. Servis dia pun ok gak la.


Takde aper yang menarik pun tp selama ni aku tak pernah ikut kalau pi tukar tayar, tp sebab 'cuti' yg panjang, aku gagahi juga mengekor. Sophia tak ikut, duk rumah dgn bibik. Si Zafri plak dah buat mcm style, sebab bosan menunggu.






Yang kat celah tayar tu hubby aku ler...


Ada plak pokok yg pelik skit kat tmpat tunggu tu. Kalau slalu tengok kat email jer pokok2 pelik kan, tp yg ni depan mata. Sila abaikan ah soo yg tgh mengorek bijih timah tu...

Rambut si Zafri yg belum sempat aku kerat. Cumil tak? he he




Thursday, April 16, 2009

Kenapa aku jobless??

Mesti korangs tertanya-tanya gak kan kenapa aku jobless. Aku pun tak pernah terfikir yang aku pun adalah salah sorang dari mangsa kejatuhan ekonomi dunia ni. Tapi tulah reality yang aku kena hadapi walaupun susah aku nak terima pada mulanya...

Tapi aku kene fikir positif, dah takde rezeki kat situ dan mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku.
Sampai skarang ni pun aku masih blur lagi nak carik keje kat mana or nak carik keje aper? Ye la bidang dan pengalaman keje aku selama 11 tahun ni memang jauh sangat menyimpang dari aper yg aku belajar masa kat Poly dulu. Nak carik keje Buyer dlm economy cam sekarang ni payah la pulak, banyak company freeze amik orang, project pun banyak yang hold. Nak keje Secretary plak aku dah lama tak buat keje tu pastu gaji mesti jauh sangat beza dgn gaji dulu. Ataupun aku bukak bisness sendiri ker? Semua ni buat aku dlm dilema.
Sudahnya aku rilek dulu, bayangkan yg aku tgh bercuti panjang skang ni. Aku ada la amik gambar kat opis aku masa last day hari tu dgn opis mate. Layan jer la yer..



Ni dengan best friend aku kat ofis, Aini. Aini ni muda lagi, jauh sgt umur dgn aku, tp dia yg paling ngam dgn aku.

Ni 3 stooges yg kene retrenched. ha ha. Joey and Donald pun senasib dengan aku. Dorangs ni sama position Buyer ngan aku gak.


Bergambar kenangan dengan Manager (En Mustafa) and Assist. Manager (Rohaiza).



Ni Practical Student, Shahna. Post kat cubicle aku yg dah clear, tunggu masa jer nak blah.

Sebelum balik dorang ader buat makan2 skit. Makan Pizza. Masa ni muka masing2 sedih la. Tgh dengar boss punyer speech.

Dengan Kak Faridah, Prema, and Joey. Masa ni mata dah merah, lepas nangis. Makan pun tak lalu.

Last skali dengan Kak Lela yang sporting.

Tuesday, April 14, 2009

Kenapa bukan gambar aku?...


Maybe korangs tertanya-tanya gak kenapa tak letak gambar aku kat Blog ni kan. Jawapan aku yang paling senang, aku ni kan pemalu dan tak nak mengglamerkan diri sendiri kat dunia cyber ni. So cukup ler gambar-gambar selingan yang ader tuh.

Sophia ni anak sulung aku dan Zafri anak bongsu aku buat masa ni. Mana tau kalau rezeki aku boleh bertambah tahun depan ker... Insyaallah...



Sila abaikan gambar dua orang tengah dating kat belakang dorangs. Dan janganlah sesekali korangs fikir yang baju hitam tu adalah aku yer....

Monday, April 6, 2009

Bermulanya sebuah blog...

Gambar yang takde kene mengena dengan post nih...

Entah kenapa ntah mood aku ari ni tetiba jer rajin nak "menggodek" internet nih...
Pastu tetiba jer aku rasa cam nak buat blog he he... Tengok orang ada blog aku pun nak buat blog gak...
Tapi yang jadi masalahnya aku tak berapa reti nak add gadjet lah, nak upload itu ini lah cam yang Blogger lain buat tu. heeiii poning kepalo den.... Tak kisahlah, lawa ko tak lawa ko, den pedulik hapo kan, dah den punyo blog... aikk tak pasal-pasal dah cakap nogori lah pulak...

Tapi yang sebenarnya sebab aku dah boring yg teramat sangat dengan dunia jobless ni. Maybe buat masa ni aku jadi Blogger jer la kot... Betul ke ayat aku nih... lantaklah... asalkan korangs faham dah lah... tak faham? Ah lantak koranglah jugak...

Aper yg aku nak citer nanti? ntah aku pun tak tau lagi... tapi citer pasal aku yang "jobless" lah kan.