Alhamdulillah, aku dah dpt keje. Ni interview yg aku pegi Jumaat lepas, sib baik company tu 'berkenan' kat aku ha ha. Pasni tak tau la kalau aku ada masa nak update blog ni lagi. Pastu nama blog ni pun dah tak sesuwei la nak panggil Jobless Diary lagi kan. Ntah apa lak aku nak namakan. Aku akan start keje next week. So 'percutian panjang' aku pun dah tamat mulai minggu depan. New life! I'm ready!!
HITS
Thursday, May 28, 2009
Saturday, May 23, 2009
Interview Lagik
Jumaat smalam aku gi interview lagik. Kali ni aku 'berkenan' la jugak dgn company nih. Company ni kat Jln Yap Kwan Seng, kira tak jauh sgt dgn ofis lama. Tapi tak tau la kalau dorang 'berkenan' ke tak kat aku he he. Lantak lah janji dah try. Kali ni tak kene tunggu sampai 2 jam. kira ok la kalau tak dpt pun, takde la buang masa sgt sampai kematu menunggu.
Posted by sophia at 12:17 AM 0 comments
Thursday, May 21, 2009
Mee hailam
Hari sabtu lps, masih stress. anak2 and hubby mkn nasi lemak dari gerai favourite dorangs utk lunch. Aku plak takde selera nak mkn nasi lemak, tapi aku tetiba jer rajin nak wat mee hailam.
Sebenarnya aku teringat kat mee hailam favourite aku, mee hailam kat Kuala Pilah nun. Dari time aku skolah sampai la dah branak 2 nih, ko tetap pujaan hatiku.. ewaahh.. Sampai anak2 and laki aku pun suka gak kat mee hailam Pilah ni. Kalau balik kg mesti cuba singgah makan kat sana.
Ni la ruper mee hailam aku tu. Walaupun tak sama sangat dengan mee hailam Pilah tu, tapi cukuplah utk mengubat rindu he he. Resipi ni ehsan dari Umi (Makcik).
Pastu makan plak dgn cili jeruk buatan sendiri nih. Fuyoo... memang kawww... Jgn mare kiranya entry ni membuat korangs terasa lapar. Aku mkn sampai licin, tapi lupa lak nak snap. Ahaks dah kenyang sangat, pastu aku terus tido untuk melupakan stress aku tuh. Tp mampukah aku lupa??
Posted by sophia at 7:30 AM 1 comments
Wednesday, May 20, 2009
Gastrik!
Gastrik! betul ke tak aku eja ni, lantaklah kan. Aku diserang gastrik yg amat teruk sejak 3 hari lps. Dari Isnin pagi sampai la ni. Tp dah kurang skit. Byk entry yg tertangguh. Takpe la ye, nanti aku update satu2.
Aku makan mcm biasa jer, takde yg kurang, terlebih lg ader la. Tp maybe doctor kata gastrik aku dtg sb aku stress. Ahaks kepada doctor2 atau bakal2 doctor sila la confirm kan benda nih. Bg aku ada logik gak kata doctor tu, sb kan hari Jumaat blk dr Interview sampai la Ahad, aku memang boleh dikatakan stress psl keje and masa depan aku nih. Bukan nak kata aku takde masa depan kalau tak keje, laki aku pun ader nak tanggung aku kan, cuma aku ni dah biasa hidup berdikari, guna duit sendiri, nak beli aper aku suker guna duit aku sendiri, pastu nak simpan utk masa depan (lps pencen nanti). Pastu aku nak hulur kat mak ayah kat kg nun pun senang hati duit sendirik. nak mintak duit laki aku, aku segan. Tu yg buat aku tak senang duduk.
Ni la gastrik paling teruk penah aku rasa. Aku terbaring jer kat katil. Nak ngiring kiri kanan pun sakit. nak bangun gi bilik air pun sakit. Yg seksanya kene makan bubur nasi jer, tapi kalau siang mlm kene mkn bubur tu jer, mana nak lalu makan. benda lain doctor tak bg, sb perut aku dah luka katanya.
Hari ni dah ok skit. aku gagahi jugak check email, kot2 ader alert jobstreet keje kosong or email penting. Trus update blog he he. Rindu dgn blog tmpt luahan hati ni ahaks.
Posted by sophia at 9:17 PM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
Balik dari Interview
Ini adalah interview aku yg ke dua sepanjang bergelar penganggur nih. Company ni nak kata kecik tak la kecik sgt, dia ada building dia sendiri kat Kg Baru nun. Aku rasa Company ni Cha Ya Nun Alif yg punya.
Interview schedule kul 4 pm, tp aku sampai 3.45 dan terus dibwk masuk kat meeting room. Pastu HR dtg check payslip dan certs. Pastu dia suh aku tunggu, nanti Manager tu dtg interview.
Tunggu punya tunggu pukul 5.45 pm baru nyonya tu dtg interview aku. First impression, aku tak suka nak keje kat situ. Nyonya tu rupanya Procurement Manager, dia pun macam tak berapa berminat nak amik bila tgk payslip aku. Dia kata dorang tak mungkin dpt byr camtu so berapa minimum expectation, aku letak jer la 50% from last salary aku dpt tuh.
Nyonya tu kata in terms of experienced aku takde masalah, tapi yg tak berapa nak best tu bila dia kata, kat sini keje 8.30 pg sampai 6.00 ptg pastu selalunya kene stay back sampai pkl 8 ke 9 tu normal je kat sana. What??!! Ni yg paling aku tak suker kalau keje ngan Cha Ya Nun Alif ni.
Cukuplah 8 taun aku keje cam takde life dulu. Keje pun keje jugak tapi bila sampai masa balik lah. Aku ada laki dan anak yg tunggu kat rumah. Takkan aku nak keje sampai pukul 8, 9 mlm lak mcm orang takde kehidupan kan. Pukul 6.05 ptg interview abis dan aku pun chow.
Kesimpulannya, aku tak minat nak keje kat situ. Inilah Interview paling hampeh pernah aku attend. Dah lah kene tunggu sampai 2 jam, mangkuk betul!
Balik dari Interview, perasaan aku mcm2. Frustrated, benci, confius, takut ntahlah aku pun tak tau nak describe. Perlukah aku berhijrah? Kalau dapat gaji 5 angka, sangguplah aku berhijrah. Dulu target nak dpt gaji 5 angka tu mcm tak mustahil aku capai dlm 2 ke 3 thn ni, tapi bila aku dlm keadaan camni, masih bolehkah tercapai impian aku tu? Tapi aku tak blh patah semangat, kalau kawan aku tu boleh, kenapa aku tak boleh kan. Yang penting aku mesti terus mencuba.
Sorrylah entry ni berjela la pulak. Tapi ni la isi hati aku yg tengah frust dan bengang dgn hidup aku skang.
Posted by sophia at 12:23 PM 4 comments
Thursday, May 14, 2009
Interview
Pagi ni masa tgh breakfast tetiba Hp berbunyi. Aku asal ada call jer, mesti nervous jer. Yer la kan tgh tunggu org call pgl interview ker aper kan. Nak pulak kalau no tu no line biasa bukan HP no. Cara jawab tu mesti nak control ayu jer he he.
Betul mcm yg aku harapkan, ader la satu company yg aku apply ikut Jobstreet call for interview petang esok. Aku on jer. Company ni manufacturing bukan Oil & Gas, so pegi jer lah and tgk aper dia nak and aper yg dia offer. Company ni kat Kg Baru, so takde lah jauh sgt kan. Asal dlm KL jer and scale gaji tak kureng sgt ok lah. Tu pun kalau dia nak amik aku. Dia dah suh bwk latest payslip skali and completed application form yg dia email kat aku.
Tapi ada sesuatu yg mengganggu kepala otak aku ni. Aku lbh berharap client agent yg aku jumpa hari tu utk call for interview. Sebabnya budget gaji yg agent tu bgtau pun memang tak lari dari gaji aku yg lama. Tapi agent tu kata, maybe dlm 2 minggu lg baru blh tau. Camner kalau company ni "berkenan" kat aku dan tanya bila aku nak start keje? Uwaaa... apo den nak jawab? Kalau nak tolak kang, kot yg tu tak dapek lak. Kalu terima, camno kalu company yg tu pgl utk interview plak?
Tapi baik aku takyah nak perasan bagus lah kan. Sapu jerla apa2 peluang dulu kan... ha ha
Kalau lopeh ni benda ni jadi mcm script kat atas tu, pandai2 lah nak idup kan...
Posted by sophia at 12:58 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)