CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

HITS

Thursday, May 28, 2009

Dapat keje

Alhamdulillah, aku dah dpt keje. Ni interview yg aku pegi Jumaat lepas, sib baik company tu 'berkenan' kat aku ha ha. Pasni tak tau la kalau aku ada masa nak update blog ni lagi. Pastu nama blog ni pun dah tak sesuwei la nak panggil Jobless Diary lagi kan. Ntah apa lak aku nak namakan. Aku akan start keje next week. So 'percutian panjang' aku pun dah tamat mulai minggu depan. New life! I'm ready!!

Saturday, May 23, 2009

Interview Lagik

Jumaat smalam aku gi interview lagik. Kali ni aku 'berkenan' la jugak dgn company nih. Company ni kat Jln Yap Kwan Seng, kira tak jauh sgt dgn ofis lama. Tapi tak tau la kalau dorang 'berkenan' ke tak kat aku he he. Lantak lah janji dah try. Kali ni tak kene tunggu sampai 2 jam. kira ok la kalau tak dpt pun, takde la buang masa sgt sampai kematu menunggu.

Award dari Ira


Ni la award pertama yg aku dapat he he.
Award ni dari Ira. Apa2 pun. TQ Ira.
Nice award.

Thursday, May 21, 2009

Mee hailam

Hari sabtu lps, masih stress. anak2 and hubby mkn nasi lemak dari gerai favourite dorangs utk lunch. Aku plak takde selera nak mkn nasi lemak, tapi aku tetiba jer rajin nak wat mee hailam.
Sebenarnya aku teringat kat mee hailam favourite aku, mee hailam kat Kuala Pilah nun. Dari time aku skolah sampai la dah branak 2 nih, ko tetap pujaan hatiku.. ewaahh.. Sampai anak2 and laki aku pun suka gak kat mee hailam Pilah ni. Kalau balik kg mesti cuba singgah makan kat sana.

Ni la ruper mee hailam aku tu. Walaupun tak sama sangat dengan mee hailam Pilah tu, tapi cukuplah utk mengubat rindu he he. Resipi ni ehsan dari Umi (Makcik).




Pastu makan plak dgn cili jeruk buatan sendiri nih. Fuyoo... memang kawww... Jgn mare kiranya entry ni membuat korangs terasa lapar. Aku mkn sampai licin, tapi lupa lak nak snap. Ahaks dah kenyang sangat, pastu aku terus tido untuk melupakan stress aku tuh. Tp mampukah aku lupa??

Wednesday, May 20, 2009

Gastrik!

Gastrik! betul ke tak aku eja ni, lantaklah kan. Aku diserang gastrik yg amat teruk sejak 3 hari lps. Dari Isnin pagi sampai la ni. Tp dah kurang skit. Byk entry yg tertangguh. Takpe la ye, nanti aku update satu2.
Aku makan mcm biasa jer, takde yg kurang, terlebih lg ader la. Tp maybe doctor kata gastrik aku dtg sb aku stress. Ahaks kepada doctor2 atau bakal2 doctor sila la confirm kan benda nih. Bg aku ada logik gak kata doctor tu, sb kan hari Jumaat blk dr Interview sampai la Ahad, aku memang boleh dikatakan stress psl keje and masa depan aku nih. Bukan nak kata aku takde masa depan kalau tak keje, laki aku pun ader nak tanggung aku kan, cuma aku ni dah biasa hidup berdikari, guna duit sendiri, nak beli aper aku suker guna duit aku sendiri, pastu nak simpan utk masa depan (lps pencen nanti). Pastu aku nak hulur kat mak ayah kat kg nun pun senang hati duit sendirik. nak mintak duit laki aku, aku segan. Tu yg buat aku tak senang duduk.
Ni la gastrik paling teruk penah aku rasa. Aku terbaring jer kat katil. Nak ngiring kiri kanan pun sakit. nak bangun gi bilik air pun sakit. Yg seksanya kene makan bubur nasi jer, tapi kalau siang mlm kene mkn bubur tu jer, mana nak lalu makan. benda lain doctor tak bg, sb perut aku dah luka katanya.
Hari ni dah ok skit. aku gagahi jugak check email, kot2 ader alert jobstreet keje kosong or email penting. Trus update blog he he. Rindu dgn blog tmpt luahan hati ni ahaks.

Saturday, May 16, 2009

Balik dari Interview

Ini adalah interview aku yg ke dua sepanjang bergelar penganggur nih. Company ni nak kata kecik tak la kecik sgt, dia ada building dia sendiri kat Kg Baru nun. Aku rasa Company ni Cha Ya Nun Alif yg punya.
Interview schedule kul 4 pm, tp aku sampai 3.45 dan terus dibwk masuk kat meeting room. Pastu HR dtg check payslip dan certs. Pastu dia suh aku tunggu, nanti Manager tu dtg interview.
Tunggu punya tunggu pukul 5.45 pm baru nyonya tu dtg interview aku. First impression, aku tak suka nak keje kat situ. Nyonya tu rupanya Procurement Manager, dia pun macam tak berapa berminat nak amik bila tgk payslip aku. Dia kata dorang tak mungkin dpt byr camtu so berapa minimum expectation, aku letak jer la 50% from last salary aku dpt tuh.
Nyonya tu kata in terms of experienced aku takde masalah, tapi yg tak berapa nak best tu bila dia kata, kat sini keje 8.30 pg sampai 6.00 ptg pastu selalunya kene stay back sampai pkl 8 ke 9 tu normal je kat sana. What??!! Ni yg paling aku tak suker kalau keje ngan Cha Ya Nun Alif ni.
Cukuplah 8 taun aku keje cam takde life dulu. Keje pun keje jugak tapi bila sampai masa balik lah. Aku ada laki dan anak yg tunggu kat rumah. Takkan aku nak keje sampai pukul 8, 9 mlm lak mcm orang takde kehidupan kan. Pukul 6.05 ptg interview abis dan aku pun chow.
Kesimpulannya, aku tak minat nak keje kat situ. Inilah Interview paling hampeh pernah aku attend. Dah lah kene tunggu sampai 2 jam, mangkuk betul!
Balik dari Interview, perasaan aku mcm2. Frustrated, benci, confius, takut ntahlah aku pun tak tau nak describe. Perlukah aku berhijrah? Kalau dapat gaji 5 angka, sangguplah aku berhijrah. Dulu target nak dpt gaji 5 angka tu mcm tak mustahil aku capai dlm 2 ke 3 thn ni, tapi bila aku dlm keadaan camni, masih bolehkah tercapai impian aku tu? Tapi aku tak blh patah semangat, kalau kawan aku tu boleh, kenapa aku tak boleh kan. Yang penting aku mesti terus mencuba.
Sorrylah entry ni berjela la pulak. Tapi ni la isi hati aku yg tengah frust dan bengang dgn hidup aku skang.

Thursday, May 14, 2009

Interview

Pagi ni masa tgh breakfast tetiba Hp berbunyi. Aku asal ada call jer, mesti nervous jer. Yer la kan tgh tunggu org call pgl interview ker aper kan. Nak pulak kalau no tu no line biasa bukan HP no. Cara jawab tu mesti nak control ayu jer he he.
Betul mcm yg aku harapkan, ader la satu company yg aku apply ikut Jobstreet call for interview petang esok. Aku on jer. Company ni manufacturing bukan Oil & Gas, so pegi jer lah and tgk aper dia nak and aper yg dia offer. Company ni kat Kg Baru, so takde lah jauh sgt kan. Asal dlm KL jer and scale gaji tak kureng sgt ok lah. Tu pun kalau dia nak amik aku. Dia dah suh bwk latest payslip skali and completed application form yg dia email kat aku.
Tapi ada sesuatu yg mengganggu kepala otak aku ni. Aku lbh berharap client agent yg aku jumpa hari tu utk call for interview. Sebabnya budget gaji yg agent tu bgtau pun memang tak lari dari gaji aku yg lama. Tapi agent tu kata, maybe dlm 2 minggu lg baru blh tau. Camner kalau company ni "berkenan" kat aku dan tanya bila aku nak start keje? Uwaaa... apo den nak jawab? Kalau nak tolak kang, kot yg tu tak dapek lak. Kalu terima, camno kalu company yg tu pgl utk interview plak?
Tapi baik aku takyah nak perasan bagus lah kan. Sapu jerla apa2 peluang dulu kan... ha ha
Kalau lopeh ni benda ni jadi mcm script kat atas tu, pandai2 lah nak idup kan...

Monday, May 11, 2009

Roti...

Hari Ahad smlm takde kemana-mana dan sgt boring. Hubby ke tapak projek dia. Aku sibuk monitor Sophia buat ulangkaji, next week nak exam setengah tahun dah dia.
Dlm boring2 tu, tetiba dtg idea nak wat roti. Takde ikut resepi mana2 cuma modified skit resepi donut. Dan hasilnya.....








******************************
















******************************














******************************








Tadaaa........





Ada iras-iras roti kat bakery tu tak? Kira okaylah first time kan. Sebenarnya roti tu ada 5 tapi 2 dah slmt aku ngan Sophia makan dulu baru teringat nak snap. Bila hubby balik lak, terus abis smua. Makna nya sodap la tuh kan....

Saturday, May 9, 2009

Dah jumpa...

Bukan jumpa brg hilang, tp dah jumpa agent carik keje tu he he. Kiranya takde aper sgt pun, cuma chatting utk dia lbh paham bidang keje and experienced aku sblm ni. Dan dia pun explain la jgk job offer tu. Masih dlm Oil & Gas, tp sbg Expeditor. Aku tak kisah, janji gaji masyuk...
Expeditor tu wat aper? Haa expeditor ni keje dia wat follow-up utk materials or equipment yg dah di beli dr vendor. Macam senang kan? tp tak la senang lenang camtu jer, kene prepare report, pastu kene make sure brg tu sampai on time, kalau ader masalah, kene carik jalan nak settle kan masalah tu, asalkan brg blh sampai on time. Sometimes, kene gi visit tmpt vendor. Yg tak syoknyer kalau vendor bermasalah, kadang tu kalau tau kiter call pun dier dah ngelak, tak jwb call, mcm2 alasan lg. Tp cabaran tu masih kurang la kalu compare dgn Buyer nyer job.
Agent tu ckp, kalu dpt, aku takyah byr dier, company tu yg akan byr dier, gaji aku direct dr company tu. I like! Next week dier akan propose kat company tu, hopefully aku dpt panggilan interview. Masalahnyer takut saingan yg sengit jer la. Tp aku masih fikir positif, cuba jer peluang yg ader, kalau dpt, alhamdulillah, tak dpt, blm rezeki lagi. Amin.

Friday, May 8, 2009

Dapat Hadiah

Ahaks bukan akak yer yg dpt prezen ni, tp Sophia. Smlm tetiba jer dpt courier package nama Sophia. Nervous ngan konpius gak dari saper. Rupanya benda nih....
Nampak ke tak tu? Benda ni ialah penunjuk untuk baca Al-Quran. Cantik kan? Suke kemain Sophia dpt prezen dari Alang dia. Malam tadi dia dah start guna. Thank you Alang....


Thursday, May 7, 2009

Meet up with Agent

Ahaa... resume aku smlm menarik minat Job Agency utk proposed kat Client dorang. Agent ni nak jumpa aku esok nak discuss skit2 sblm dorang proposed kat client. Okaylah, at least ada gak peluang resume aku bergerak kan. Try aje lah...

Aper aku nak buat ni??

Aper yg aku nak buat yek?? Tahap kebosanan aku dah maksimum dah ni. Hari ni jobstreet lagi. Kiranya minggu ni aku concentrate dgn jobstreet lah. Dah byk gak yg aku apply. Yg nak experienced 2 ke 3 thn pun aku rembat gak. Sumer bukan Oil & Gas industry, tapi lantak lah. Darurat camni mana boleh pilih2 sangat kan.
Sekarang ni aku apply Procurement dulu, kalau nanti dah nazak sgt, baru aku try Secretary lak. Kenapa tak apply Secretary? Aku bukan aper, dah 11 thn keje, tp aku tak begitu mempraktik aper yg aku blajar dulu, abis camno? Ngeri aku bayangkan nak kene amik meeting minutes. Dulu masa meeting aku cakap yo, secretary yg amik minutes. Kalau takat nak arrange bos punya schedule, booking ticket, conference, hotels etc tu takde hal. Nak amik minutes tu jer, yg aku rasa aku fail sesangat.
Aaarrghhh tension lagik.....

Wednesday, May 6, 2009

Picnic @ Sungai Congkak

Hari Sabtu lepas, 02/05/09, aku ber'picnic' di Sungai Congkak, Hulu Langat. Aku satu family dan Umi (Makcik) dari Melaka. Pagi2 lg aku mula masak utk bwk ke sana. Target nak lunch kat sana. Lps dr hantar Pak Andak & Mak Andak ke Airport utk ke L.A. Umi dan anak2 trus ke rmh aku. Pkl 10.30 kitorang pun gerak ke Sg. Congkak.

Sampai Sg. Congkak sib baik dpt 1 pondok utk kitorang lepak n ltk brg. Charge utk pondok ni cuma RM5, parking 1 kete RM2. Tapi aku lupa lak nak snap gambar pondok tu. Ni jer la gambar yg ado....


Best dpt berendam cam dorangs. Yg Specky kt belakang tu tak termasuk dlm group aku. Ntah sapo2 ntah tetibo yo nyolit kat situ.
Nak poie mano lak tu weiii???

Zafri nak jatuh! masa aku nk amik gambar dia, tetiba jer dia nak lari dan melonjak ntah camno. Sib baik Firdaus dpt sambut balik.

Sophia ngan Umi. Tgk air tu best kan... Sojuk woo... Aku plak amik masa yg lamo nak basah satu badan sb sojuk sgt.

Sophia ngan Intan sepupu aku. Intan ni pangkat makcik kat Sophia.

Zafri main sorang2 yg lain dah penat nak layan dier.


Tak plan nak BBQ, tp sb Umi ada bwk Otak2 dr Melaka aku gagahi jugak carik arang utk bakar. Tempat BBQ tu aku jumpa tepi pondok.


Umi kemain happy sb dpt bakar otak2 dia. Aku beli hot dog sbg tambahan utk otak2 tu. Masing2 lps berendam lapar la pulok. Tudung hitam tu bibik aku.
Hubby aku tgh bertungkus-lumus hidupkan api. Firdaus plak tensen lapar kot. Api lambek lak nyalo...


Sebab smua org sibuk berendam, amik gambar kaki yo lah..... pkl 4 ptg kitorang pun blk. Sampai rmh lembik....

Tuesday, May 5, 2009

Kek Coklat

Salah satu xtvt aku minggu lps ialah buat kek coklat. Ada mamat ni order order kek coklat la pulak.


Dia order 2 bijik. Satu utk dia, satu lg utk ofismate katanya.

Haaa ni la mamat yg order tu. Yang baju merah tu business partner dia.

Monday, May 4, 2009

Kerja oh kerja

Kerja! kerja! dimana kau kerja? Hari ni aku mula terasa tension psl keje ni. Poning kepalo den carik kojo...
Minggu lps dah berlalu camtu jer, orang yg kata nak call aku utk arrange keje tu tak jgk call. Arrrgghh!! bengang tul. Aku kene tunggu lagi la camni.
Tadi aku surf Jobstreet, dan ada gak hantar resume skit2. Harap ader yg panggil. Bln May ni kira bln terakhir gaji yg aku dpt hari tu. Mulai bln June dah takde gaji dah. Aku kene fikir gak berapa lama aku nak jobless camni. Kepala hotak aku pun dh naik beku, dok rmh jer takde apa nak di buat.
Tolong!!!

Ke Shah Alam

Minggu lepas, Pak Andak dan Nur (Pakcik n sepupu) aku dtg kerumah. Pak Andak dtg nak nak selesaikan visa utk gi L.A. jenjalan sambil melawat sepupu aku Kak Ngah kat sana. Interview utk dptkan visa dah settle cuma esok (29/04/09) aku kena tlg amikkan visa tu kat Wisma MCA Jln Ampang. Ptg ni Pak Andak blk naik bas ke Melaka, kereta tgl dgn Nur utk blk lps collect visa.
Tgh hari kitorang gi ke Shah Alam Seksyen 19, Cafe Pak Tam (Pakcik gak). Sajer jer Pak Andak nak borak dgn abg dia la tu. Sambil2 tu aku cuma smpt snap gambar dgn cucu Pak Tam, anak Aie n Tasya (Sepupu), Marsha Nur Maisarah kalau tak silap la. Comel sangat n very chicky. Masa nak balik pandai plak nak ikut orang.



Kesian tangan dia tersangkut camtuh... pastu aku pun ape lagi...

Bestnya dapat pegang baby.... hu hu bila la aku nak dpt baby ni...ahak...

Dkt pkl 4 kitorang gi hantar Pak Andak naik bas di Seksyen 18 and trus blk ke Ampang. Mlm Ni Nur tido rmh aku.

Esoknya lps amik visa Pak Andak, Nur pn nak blk Melaka dah. Sebelum balik cam biasa posing dulu ala kadar.
Haa ni lah Nur sepupu aku dari Melaka. Si Zafri cam biasa mesti nak menyelit jer..